Gaya Permainan Counter-Strike 2

Sama seperti permainan sebelumnya dalam siri francais, Counter-Strike 2 ialah permainan penembak orang pertama askar taktikal multi-pemain, kedua pasukan harus saling bersaing dalam moda yang telah dipilih. Pemain terbahagi menjadi dua pasukan utama, Counter-Terrorists dan Terrorists. Pemain dapat membeli pelbagai alat dan senjata pada awal pusingan.[1]

Permainan ini mempunyai enam moda yang berbeza yaitu: Competitive (Berlumba), Premier (Perdana), Casual (Biasa Sahaja), Wingman (Sang Sayap), Deathmatch (Perlawanan Berdarah), dan Hostage (Mangsa-Tebusan).[1][2][3][4] Competitive, ialah moda utama, pada perlawanan lima orang (5 vs 5) dari kedua pasukan utama akan saling bersaing dengan tugas bagi membom salah satu daripada dua pangkal dengan C4 atau membunuh Counter-Terrorist, tugas yang songsang daripada Terrorists berlaku bagi Counter-Terrorists. Selepas menamatkan tugas dalam permainan, pasukan yang berjays akan memenangi pusing dan mendapat 1 mata. Sebanyak 24 pusingan dapat dimainkan pada setiap perlawanan, pasukan pertama yang mendapat 13 mata, merekalah pemenangnya.[1][2] Moda Premier mempunyai kemiripan dengan Competitive, tetapi pemain tidak boleh memilih sendiri peta yang disenangi, jika bermain dalam moda ini harus mengikuti undian peta dan sistem cekal. Moda ini juga mempunyai sistem peringkatan dan pada permainan ini, berbeza dari siri sebelumnya. Counter-Strike 2 mempunyai fitur carta kedudukan serantau dan dunia.[2][3] Casual ialah moda yang boleh dikatakan sama seperti Competitive, tetapi tidak mempunyai carta kedudukan Competitive maupun Premier; bilangan pemain pada setiap pasukan meningkat dua kali lipat dari 5 vs 5 ke 10 vs 10.[1] Moda Wingman hanya menempatkan dua pemain pada setiap pasukan dan masing-masing bertempat di posisi sayap dalam sebuah peta. Pada peta ini hanya ada satu pangkal bom, pasukan yang berjaya memenangi 9 mata dalam perlawanan ialah pemenangnya.[5] Moda ke-5 Deathmatch mendudukan pemain dalam peta tanpa pasukan, satu-satunya tugas bagi pemain itu ialah membunuh pemain lain sebanyak-banyaknya dan kalau mampu jangan sampai terbunuh sehingga had masa dalam perlawanan berakhir.[4] Moda terakhir, Hostage pasukan Terrorists telah menangkap mangsa, pasukan Counter-Terrorists harus mampu membebaskan manga jika ingin menang.[2][4]